MENU
 
>

TAWARAN SEWAAN HOTEL MILIK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DI LUMUT

Tawaran adalah dipelawa untuk menyewa hotel milik Majlis Perbandaran Manjung bertempat di Lumut  kepada orang ramai serta syarikat-syarikat yang  berminat serta berpengalaman untuk menguruskan hotel tersebut.

 

  1. Tawaran adalah dipelawa untuk menyewa hotel di Lumut bagi tempoh selama tiga(3) tahun mengandungi::
  • Bilik – 48 buah;
  • Reception;
  • Kafe;
  • Dapur;
  • Dewan;
  1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang mempunyai kelayakan bagi menguruskan hotel  dengan kelayakan seperti berikut :
  • Mempunyai pegangan saham bumiputera melebihi 51%;
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang menguruskan hotel atau yang berkaitan;
  • Sanggup menyediakan kemudahan dan peralatan bagi menjalankan operasi hotel;
  • Mempunyai modal yang mencukupi serta mengemukakan sokongan daripada pihak institusi kewangan;.
  1. Kertas kerja cadangan yang dikemukakan hendaklah mengandungi antaranya ialah perkara-perkara seperti berikut :-
  • Pengalaman syarikat menguruskan hotel atau yang berkaitan;
  • Latar belakang kumpulan pengurusan dan pengarah-pengarah syarikat;
  • Kemampuan kewangan yang mencukupi untuk menguruskan hotel dan sokongan daripada pihak institusi kewangan;
  • Cadangan kadar sewa sebulan;
  • Cadangan pembaikan dan naiktaraf.
  1. Hotel tersebut disewa dalam keadaan seperti sedia ada sahaja dan petender yang berjaya mestilah menerima premis tersebut dalam bentuk serta keadaan asal sehingga tamat sewaan serta bertanggungjawab ke atas segala kos pembaikan dan penyelenggaran. Petender juga tidak berhak untuk menuntut sebarang kos-kos yang terlibat atau mohon untuk dikontrakan dengan tunggakan sewa, jika ada.
  2. Tiap-tiap tawaran mestilah disertakan Wang Pertaruhan sebanyak RM 150.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Lima Puluh Sahaja) dalam bentuk kiriman wang/wang pos atas nama Majlis Perbandaran Manjung. Jika tidak, tawaran itu tidak akan diberi pertimbangan. Wang pertaruhan akan hilang atau luput sekiranya penawar yang berjaya enggan atau engkar menerima sewaan itu. Wang pertaruhan bagi penawar yang tidak berjaya akan dikembalikan selepas 3(tiga) bulan keputusan/tawaran sewaan dikeluarkan.
  3. Borang Tawaran boleh didapati di kaunter Jabatan Perbendaharaan, Majlis Perbandaran Manjung pada waktu dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin – Jumaat).
  4. Sesiapa yang berminat boleh mengemukakan tawaran melalui Borang Sebut Harga dan dimasukkan ke dalam sampul surat bermetri dan dialamatkan kepada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan. Di atas sampul surat itu hendaklah ditulis perkataan “TAWARAN UNTUK SEWAAN HOTEL MILIK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DI LUMUT”. Borang tersebut boleh dibeli di pejabat ini dengan harga RM 15.00 sahaja. Tawaran tersebut mestilah dihantar ke Jabatan Perbendaharaan, Majlis Perbandaran Manjung selewat-lewatnya jam 12.00 t/hari pada 26 OGOS 2016.

 

Dengan perintah,

            

Yang Dipertua ,

Majlis Perbandaran Manjung,

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 28 Mei 2020 - 2:54pm