MENU
 
>

S.M.A.R.T NIAGA @ PERAK
Selepas kejayaan inisiatif S.M.A.R.T Iftar @ Perak, Kerajaan Negeri Perak memperkenalkan satu lagi inisiatif e-dagang, ‘S.M.A.R.T Niaga@Perak’ melalui
Digital Perak
sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Inisiatif terbaru ini digerakkan dengan kerjasama syarikat-syarikat pengendali platform edagang Shopee Malaysia (Shopee) dan Lazada Malaysia (Lazada) serta syarikat pengendali bayaran ‘e-wallet’ Axiata Digital Ecode Sdn. Bhd. melalui aplikasi Boost.
Peniaga yang berminat bolehlah mendaftar di platform digital https://digital.perak.my/ mulai sekarang. Bagi peniaga yang telah mendaftar S.M.A.R.T Iftar @ Perak, anda boleh terus mendaftar masuk menggunakan log id anda untuk memasarkan produk anda di ‘S.M.A.R.T Niaga@Perak’.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi di emel : perakdigital.kperak@gmail.com.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 3 Jun 2020 - 9:49am