MENU
 
>

Program "Tak Nak plastik Straw, Gunakan Bamboo Straw" di Dewan Komuniti Perdana Taman Samudera. Program kerjasama diantara Majlis Perbandaran Manjung dan Karisma Mutiara Learning Centre dari Venice Of Perak. Program dirasmikan oleh Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung. Turut hadir Encik Mohamad Sharil bin Salihan, Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial dan Pengetua Karisma Mutiara Learning Centre Puan Yong Shafizah binti Razuan. Seramai 150 orang pelajar telah hadir daripada SMK Seri Samudera, SK Seri Sitiawan, SK Seri Samudera dan SJK (T) Pundut yang diselia acara oleh mahasiswa UniKL. Pelbagai acara diadakan seperti ikrar, nyanyian, tayangan video, penerangan dan demostrasi pembuatan straw daripada buluh. Program bertujuan untuk memberi kesedaran tentang bahaya penggunaan plastik kepada pelajar, komuniti setempat dan dunia amnya.

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 November 2019 - 3:31pm