MENU

Tarikh : 28/07/2019

YB Datuk Wira Dr Mohd Hatta Bin Md Ramli Ahli Parlimen Lumut dan YB Yahaya Bin Mat Nor ADUN Pasir Panjang turun padang ke Taman Nesa dan Kampung Deralik bagi program Gotong Royong membersih kawasan dan menanam pokok.

Program gotong royong bagi membersih kawasan pembiakan nyamuk aedes untuk membasmi wabak denggi.

Selain daripada itu bagi program menanam pokok, Majlis Perbandaran Manjung turut membekalkan 60 pokok teduhan daripada jenis Podocarpus, Felicium dan Tercoma untuk program inovasi hijau di Taman Nesa dan Kampung Deralik.

Jabatan Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar, Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Manjung turut menyertai program tersebut.

Semoga usaha kemasyarakatan ini dapat memupuk semangat mencintai kebersihan dan menghargai keindahan alam sekitar oleh komuniti setempat.