MENU

Program BESKAL (Berbasikal Sambil Menyelesaikan Isu Sosial) kali ke-2/2019. Kali ini, Kampung Datuk Seri Kamaruddin (KDSK) , Seri Manjung menjadi lokasi tinjauan. Program anjuran Majlis Perbandaran Manjung bersama MPKK Kampung Dato Seri Kamaruddin. Program berbasikal disertai seramai 40 orang diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh, Setiausaha, Tuan Mohd Helmi Bin Arifin, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon Seri Manjung Tuan Haji Abdull Hamid Bin Abdul Majid, Tuan Haji Badrul Bin Bulat dan Tuan Syed Najib Bin Syed Aziz
dan Ketua-Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan, Penguatkuasaan, Pembangunan Komuniti dan Sosial, serta kakitangan Jabatan yang lain serta Ahli Jawatankuasa MPKK. Program turun padang pada waktu malam bagi melihat masalah yang mengaburi mata komuniti awam pada waktu siang hari seperti lampu jalan tidak berfungsi, aktiviti-aktiviti tidak sihat yang tidak menonjol di siang hari. Semoga usaha murni ketua jabatan dan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjungyang bekerja tanpa mengira masa dapat memberi impak yang baik untuk menjadikan Manjung Bandar Selamat untuk diduduki dan mesra rakyat.

Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting

Image may contain: 3 people, people sitting, people eating, table, indoor and food

Image may contain: 1 person

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 13 September 2019 - 12:12pm