MENU
 
>

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Manjung menerima Ahli Majlis baharu bermula pada 6 Mei 2020 bagi membolehkan setiap PBT berfungsi melaksanakan perkhidmatannya untuk rakyat dan mencapai tahap yang yang diingini.

Terdahulu Ahli Majlis daripada Pakatan Harapan (PH) telah berkhidmat sehingga 30 April yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada Tuan-Tuan dan Puan-Puan di atas perkhidmatan dan bakti yang cemerlang sepanjang menjalankan tugas selaku Ahli Majlis.

Ahli Majlis PBT berfungsi memainkan peranan sebagai penghubung di dalam hubungan di antara kerajaan dengan rakyat melalui bentuk kerajaan ketiga iaitu Kerajaan Tempatan sebagai penyampai dan jurucakap PBT dan juga mewakili kepentingan orang ramai dan komuniti setempat.

Justeru, selang beberapa hari dilantik Ahli Majlis Perbandaran Manjung telah mengorak langkah menyantuni komuniti di dalam pelbagai cara walaupun negara masih diselubungi pandemik Covid-19 namun begitu tidak menghalang usaha dan nilai murni yang telah dijalankan.

Semoga semangat, iltizam dan jiwa murni yang ada pada setiap Ahli Majlis PBT ini akan menggapai kejayaan untuk kebaikan komuniti setempat.

#perangiCovid19
#staysave
#kitajagakita
#kitamenang

Kemaskini Terakhir: Rabu, 3 Jun 2020 - 9:49am