MENU
 
>

Assalamualaikum Tuan/Puan

MPM: Permohonan Permit Perniagaan Sementara Di Musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Sempena Perayaan Aidilfitri 2020 dibuka secara online.

Perniagaan yang diberikan kelonggaran dalam tempoh Perintah Pengawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) :-
1. DAGING (KERBAU, LEMBU, KAMBING, RUSA, AYAM, IKAN)
2. KUIH RAYA
3. LEMANG

Syarat Tambahan bagi Permit Musim PKPB :-

1. Tempoh Perniagaan
• 10 hari SAHAJA
• 18 MEI 2020 (25 Ramadan 1441)
sehingga 28 Mei 2020 (5 Syawal 2020)
• 6.00 pagi hingga 10.00 malam

2. Mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara termasuk syarat tambahan berikut :-
• 3 Pekerja sahaja
• Khemah bersaiz 20x20 sahaja (mengikut kesesuaian lokasi).
• Peniaga dan pelanggan yang berada di tapak perlu mematuhi syarat seperti penjagaan jarak sosial, pemakaian ”mask” dan lain lain perkara berkaitan.

3. Lokasi Perniagaan
• Peniaga boleh beroperasi di kawasan rezab MPM yang bersesuaian atau tidak menimbulkan kacau ganggu seperti kesesakan.

4. Jarak Perniagaan antara perniagaan
• Peniaga-peniaga yang terlibat dalam permit ini perlu memastikan jarak 100M antara satu sama lain.

5. Peniaga perlu mematuhi syarat asas permit perniagaan sementara.

PERNIAGAAN LEMANG
1. Tapak niaga bagi jualan lemang perlu di cari oleh peniaga sendiri dan dibenarkan aktiviti membakar hanya tanah lapang sendiri sahaja.
2. Tiada aktiviti pembakaran di tempat letak kereta atau mana-mana kawasan yang boleh mendatangkan kacauganggu awam.

Syarat Asas Permit Perniagaan Sementara :-
1. Menjaga kebersihan tapak atau lokasi perniagaan dan pelupusan sampah adalah di bawah tanggungjawab pemohon.
2. Hanya menjalankan aktiviti jualan yang dibenarkan sahaja.
3. Mendapatkan suntikan tifod pelalian TY2.
4. Tidak menghalang lalulintas dan memastikan ada kawalan yang secukupnya untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
5. Meletakkan papan tanda lalulintas secukupnya seperti lencongan, tanda awas dan juga kon keselamatan serta lampu amaran pada waktu malam dan sebagainya.
6. Pemohon bertanggungjawab keatas kebersihan jalan / tamandan ketenteraman sekeliling dan atas apa-apa kemalangan yang mungkin akan berlaku.
7. Pemohon dilarang menjalankan aktiviti yang mencemarkan alam sekitar dan mendatangkan kacauganggu kepada masyarakat setempat.
8. Majlis tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kemalangan semasa aktiviti berlangsung.
9. Pihak Majlis akan membatalkan permit sekiranya mendapat bantahan / aduan daripada orang ramai atau pelanggaran peraturan.
10. Majlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian dan tuntutan gantirugi oleh pihak tuan apabila permit ini dibatalkan.

KAEDAH PERMOHONAN PERMIT
1. Pemohon perlu mengisi borang di atas talian di link berikut :-
https://forms.gle/qSZN3RTuWyxew79w8

2. Terima Kelulusan permit

3. Bayaran dilakukan di Kaunter Bayaran Majlis Perbandaran Manjung

Bayaran yang dikenakan adalah RM 100.00

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 056871384
atau ws no +60 11-5508 2976

JABATAN PELESENAN,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 3 Jun 2020 - 9:49am