MENU
 
>

Penyerahan Papan Tanda Taman Paya Bakau Lumut

Penyerahan papan tanda "Larangan memberi makanan kepada hidupan liar" dan kenyataan "Kenapa tidak boleh memberi makanan kepada hidupan liar" di Taman Paya Bakau Lumut kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Penyerahan tersebut disampaikan oleh pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Encik Hafizudin Nasarudin diiringi oleh Encik Ismady Radzuan selaku timbalan pengerusi.

Ketua Jabatan, Jabatan Pembangunan Komuniti Dan sosial, En Issamudin Bin Ibrahim diiringi Ketua Bahagian Pelancongan En Ismail telah menerima papan tanda tersebut bagi pihak Majlis Perbandaran Manjung. Turut hadir bersama ialah Ahli Majlis MPM bagi Zon 7, Tuan Haji Mohd Rafiq Bin Haji Mohd.

Papan tanda ini disumbang oleh Malaysian Primatological Society (MPS) dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA).

Papan tanda ini adalah penting bagi membantu pihak berkuasa menangani masalah orang awam yang memberi makan kepada hidupan liar serta usaha ke arah pemuliharaan Taman Paya Bakau Lumut.

Bahagian Pelancongan

Jabatan Pembangunan Komuniti Dan sosial

Majlis Perbandaran Manjung

Kemaskini Terakhir: Selasa, 11 Ogos 2020 - 8:39am