MENU
 
>
PENGELUARAN SURAT TUNTUTAN PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN
Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Manjung telah mengeluarkan Surat Tuntutan Pembayaran Cukai Taksiran kepada pemilik-pemilik harta yang masih belum menjelaskan bil cukai taksiran bagi penggal kedua tahun 2020.
Pengeluaran surat ini adalah sebagai peringatan kepada pemilik-pemilik harta supaya membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan. Pada tahun ini, MPM telah memberi kelonggaran dengan melanjutkan tempoh pembayaran dari 31 Ogos sepertimana kelaziman kepada 31 Oktober 2020.
Bagi pemilik-pemilik harta yang tidak membuat pembayaran sehingga 31 Oktober, bayaran Notis E akan dikenakan dan jika masih tidak membuat pembayaran dalam tempoh 15 hari selepas menerima Notis E, denda Waran Tahanan (Borang F) akan dikenakan.
Tindakan ini adalah berdasarkan Seksyen 147 dan 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Selain itu, berdasarkan pelaksanaan norma baharu, mulai Penggal Kedua Tahun 2020, bil cukai taksiran tidak akan dicetak dan dihantar melalui pos, sebaliknya bil tersebut akan dikeluarkan secara atas talian.
Justeru, pemilik-pemilik harta boleh melakukan semakan dan pembayaran bil cukai menerusi Sistem E-Bayaran di portal rasmi MPM di www.mpm.gov.my dan Portal E-PBT online di https://pbtpay.kpkt.gov.my.
Di samping itu, bil cukai taksiran tersebut boleh dimohon melalui e-mel penilaian@mpm.gov.my dengan menyatakan nombor akaun cukai taksiran dan alamat harta atau boleh datang ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Aras Bawah, MPM.
Kepada pemilik-pemilik harta yang telah menjelaskan cukai taksiran, Majlis Perbandaran Manjung merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas komitmen yang diberi.
Sekian, harap maklum.
UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.
Kemaskini Terakhir: Rabu, 28 Oktober 2020 - 3:57pm