MENU
 
>

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) meneruskan lagi saringan suhu badan dan melaksanakan pemantauan arahan dan garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan ke atas para peniaga dan pengunjung pasar awam.

Para pengunjung dan peniaga memberi kerjasama sepenuhnya ketika saringan suhu badan dijalankan dan mengikuti arahan untuk mengekalkan jarak sosial serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan ketika membuat pembelian.

Pengunjung dan para peniaga diminta untuk terus mematuhi arahan dan garis panduan yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan diri dan supaya wabak Covid-19 dapat dihentikan. Kerjasama anda amat kami hargai.

#perangicovid-19
#restrictionmovementorder
#stayathome

Kemaskini Terakhir: Khamis, 28 Mei 2020 - 2:54pm