MENU
 
>

Pemantauan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di pasar-pasar awam diteruskan pada pagi ini dan didapati keadaan terkawal. MPM mengucapkan terima kasih kepada para peniaga dan pengunjung yang mematuhi arahan yang diberi.

Walau bagaimanapun, pemantauan di lokasi-lokasi perniagaan mendapati masih terdapat premis yang dibuka. Namun peniaga akur untuk menutup operasi setelah amaran diberi.

Sehubungan dengan itu, MPM memohon kerjasama para peniaga supaya bersikap lebih prihatin dengan mematuhi arahan yang diberi bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung sepenuhnya.

#perangicovid-19
#restrictionmovementorder
#stayathome

Kemaskini Terakhir: Khamis, 9 April 2020 - 1:08pm