PEMAKLUMAN PENUTUPAN JALAN SUSUR KELUAR (PERSIARAN PM/7, PUSAT BANDAR SERI MANJUNG) KE LALUAN DI LALUAN FT 18, JALAN SWAN, LUMUT MULAI 12 NOVEMBER 2020 (KHAMIS)

Dimaklumkan bahawa jalan susur keluar (Persiaran PM/7, Pusat Bandar Seri Manjung) ke laluan FT 18, Jalan Sitiawan – Lumut (di hadapan Restoren Chef & Fika) akan ditutup mulai 12 November 2020 (Khamis).

Laluan ini merupakan salah satu jalan utama yang sibuk di daerah Manjung dan langkah penutupan jalan ini diambil hasil perbincangan teknikal antara agensi bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya kerana kemalangan sering berlaku berikutan pengguna jalan raya sering menggunakan susur jalan keluar tersebut yang berbahaya.

Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya diminta untuk berhati-hati ketika menggunakan laluan ini bagi mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini.

Sekian, harap maklum.

UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM,

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG