MENU
 
>

21 Mei 2018 -  Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh telah bersama YB Tuan Paul Yong, Exco Kerajaan Negeri Perak, YBhg. Dato' Abu Bakar Said, Pegawai Kewangan Negeri Perak dalam satu sesi perbincangan awal dengan pihak berkuasa Fuzhou, China tentang idea mewujudkan bandar persahabatan di antara Majlis Perbandaran Manjung dengan salah satu perbandaran di bawah pentadbiran Fuzhou.

Hasil perbincangan ini akan dilanjutkan dengan usaha pihak berkuasa Fuzhou untuk memilih salah satu daerahnya untuk dijalinkan hubungan persahabatan dengan Majlis Perbandaran Manjung pada masa terdekat ini.

Fuzhou merupakan salah satu pihak berkuasa di Provinsi Fujian yang memiliki beberapa buah daerah di bawah pentadbirannya.

Dengan kunjungan ini, Insya-Allah Manjung akan mengorak langkah dalam mewujudkan jalinan hubungan antarabangsa demi menyemarakkan industri pelancongan dan aspek aspek lain yang boleh memberi manfaat jangka panjang kepada daerah Manjung dan negeri Perak khususnya.

MPM mengucapkan setinggi-setinggi penghargaan kepada pihak Exco Kerajaan Tempatan dan SUK Perak atas bantuan ke arah merealisasikan hasrat ini.

                      

     Image may contain: 7 people, people smiling, people standing 

     Image may contain: 6 people, people standing and suit

Kemaskini Terakhir: Selasa, 12 November 2019 - 2:55pm