MENU

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI MPM TAHUN 2019

Majlis Sambutan Aidilfitri Majlis Perbandaran (MPM) Manjung Tahun 2019 telah berlangsung pada 21 Jun 2019 (Jumaat), jam 2.30 petang di perkarangan pejabat MPM.

Majlis ini dihadiri oleh YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato’ Shaharuddin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung, YB Dato' Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Kawasan Beruas, YB Tuan Haji Yahaya Mat Nor, ADUN Kawasan Pasir Panjang, YB Tuan Teoh Yee Chern, ADUN Kawasan Astaka, YB Dato' Zainol Fadzi Paharudin, Penasihat YAB Menteri Besar Perak, orang-orang kenamaan daerah Manjung, Ketua-ketua Jabatan Daerah Manjung, syarikat-syarikat swasta dan pemimpin-pemimpin komuniti.

Semasa majlis ini, Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua turut menyampaikan Bantuan Ekspedisi Rakyat Terbela (ERAT) berupa barangan keperluan makanan kepada 34 penerima yang terdiri daripada golongan miskin bandar.

Turut diadakan Pertandingan Karaoke, Pertandingan 'Booth' Terbaik, Pertandingan Pakaian Sedondon dan Pakaian Terbaik Bagi Lelaki dan Wanita.

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing

Image may contain: 22 people, people smiling, people sitting