MENU
 
>

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sedang menjalankan kerja-kerja disinfeksi di Taman Awam Lumut Waterfront, Taman Esplanade Lumut, Jetty Wing dan Dataran Putra.

Kerja-kerja disinfeksi ini telah bermula pada jam 8.00 pagi tadi dan dijangka berterusan hingga 12.00 tengah hari ini.

Kakitangan MPM yang terlibat telah diarahkan untuk menggunakan peralatan yang bersesuaian dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Proses disinfeksi ini adalah antara langkah yang diambil oleh MPM untuk membendung penularan wabak Covid-19 di kawasan-kawasan awam yang berisiko tinggi untuk terdedah kepada penyebaran wabak ini.

Semoga usaha ini dapat membantu menyekat penularan wabak Covid-19 di Manjung.

#perangicovid-19
#restrictionmovementorder
#stayathome

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 9 April 2020 - 1:08pm