MENU
 
>

Pada hari ini, jam 9.00 pagi telah berlangsung Majlis Penyerahan EZ Sanitizer oleh Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) kepada Pejabat-pejabat Cawangan MPM bagi kegunaan para petugas barisan hadapan.

Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Ketua-Ketua Jabatan dan Unit dan rakan-rakan media.

Sebanyak 11 unit EZ Sanitizer telah diagihkan dan Unit Landskap dijangka akan menyiapkan beberapa unit lagi untuk diletakkan di pasar-pasar awam sekitar daerah Manjung.

Inovasi ini adalah hasil kreativiti anggota Unit Landskap, MPM yang mengambil masa hanya 6 jam bagi menyiapkan 11 unit EZ Sanitizer tersebut dengan menggunakan bahan terpakai dan kitar semula.

Selain itu, pada pagi ini turut berlangsung Upacara Simbolik Penyerahan Topeng Muka (Face Mask) kepada beberapa Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk diedarkan kepada keluarga yang mempunyai simptom-simpton seperti demam, batuk dan selsema. Topeng ini akan diedarkan sepenuhnya oleh MPM kepada penduduk Manjung melalui Pengerusi KRT kawasan masing-masing.

Langkah adalah inisiatif Kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 28 Mei 2020 - 2:54pm