MENU

28 MAC 2013 (KHAMIS) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2012 dan Perhimpunan Bulanan Bil. 3/2013 pada jam 8.30 pagi di Dewan Merdeka, MPM.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi memberi pengiktirafan kepada anggota-anggota yang telah menunjukkan prestasi terbaik sepanjang tahun 2012. Semasa majlis ini, Y.Bhg. Dato' Zamri Man, Yang Dipertua MPM telah menyampaikan trofi dan sijil penghargaan kepada 43 penerima APC, 177 penerima Anugerah Khas Yang Dipertua, 2 orang penerima Anugerah Anggota Pejabat Terbaik dan Jabatan Terbaik Bulan Mac 2013. Selain itu, disampaikan juga cenderahati kepada 2 pesara MPM tahun 2012 sebagai tanda penghargaan terhadap jasa yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan di MPM.

Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Azri Bin Jaafar, Pegawai Khas Kepada ADUN Pangkor merangkap Ahli Majlis MPM, Encik Azizan Bin Haji Abd. Muin, Setiausaha MPM, Ahli-Ahli Majlis MPM, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Manjung, Penghulu-penghulu Daerah Manjung, wakil-wakil media dan warga kerja MPM.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 13 September 2019 - 12:12pm