MENU

14 APRIL 2013 (AHAD) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan Majlis Makan Malam Sempena Lawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada jam 8.30 malam di perkarangan pejabat MPM.

Majlis ini diadakan bagi mengalu-alukan kunjungan Y.Bhg. Datuk Arpah Abdul Razak, Ketua Setiausaha dan pihak pengurusan KPKT yang mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bil. 6/2013 pada 15 April 2013 (Isnin) di MPM dan seterusnya mengadakan lawatan ke loji insenarator dan projek menaiktaraf Tapak Pelupusan Sampah Teluk Cempedak, Pulau Pangkor.

Antara tetamu yang menghadiri majlis ini adalah Y.B. Dato' Abdul Puhat Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Y.Bhg. Datuk Noriah Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPKT, Tuan Haji Zamari Mohd. Ramli, Pegawai Daerah Manjung, Tuan Shahrom Dato Abdul Malik, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping dan Ketua Pengarah Jabatan-jabatan serta Setiausaha-setiausaha Bahagian, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

Semasa majlis ini, diadakan juga Pertandingan Gerai Tercantik melibatkan semua jabatan dan unit MPM yang turut menyajikan pelbagai hidangan menarik kepada tetamu. Juara bagi pertandingan ini adalah Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan. Manakala Unit Pusat Setempat dan Jabatan Penilaian masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 18 September 2019 - 3:19pm