MENU

30 Mei 2019 (Khamis), Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Manjung dan Parlimen Lumut Bersama Warga ERAT (Ekspedisi Rakyat Terbela - komuniti miskin bandar) bertempat di Restoran Horizon Garden, Pusat Perniagaan Manjung Point Seksyen III, Seri Manjung.

Majlis ini berjaya mengumpulkan seramai 24 penerima bantuan projek ERAT yang telah hadir bersama ahli keluarga masing masing dengan jumlah yang dirai adalah seramai 75 orang. Warga ERAT yang dirai ini merupakan mereka yang begitu kuat dan tabah dalam meneruskan kelangsungan hidup. Sumbangan yang diberikan pada hari ini diharapkan dapat meringankan bebanan mereka lebih lebih lagi ketika kita semakin menghampiri lebaran. Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah menyumbang termasuklah Jabatan dan Unit Majlis Perbandaran Manjung, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung, badan NGO dan pihak swasta. Kepada tangan yang memberi,semoga Allah melipatgandakan pahala anda semua dan kepada penerima, diharapkan sumbangan ini bermanfaat dan dapat memberikan senyuman ceria dihari lebaran nanti. Pengisian program yang mantap

jika direnung sewaktu mereka menyuap, dapat dirasai denyut nadi mereka merasai nilai dan nikmat suapan itu dan juga keikhlasan,harapan apabila mereka mengucapkan terima kasih dan salam cukup erat terpancar wajar ceria mereka yg cukup menyentuh hati dan jiwa. Semoga Program ERAT ini dapat dilakukan pada masa hadapan

Image may contain: 7 people, people smiling, people sitting, people eating and food

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and indoor