MENU
 
>

Pada hari ini, jam 9.00 pagi telah berlangsung Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Baharu, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Sesi 2020/2021 bertempat di Dewan Kaunselor, Majlis Perbandaran Manjung.

Majlis ini dihadiri oleh YB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir, ADUN Pangkor, YB Dato' Haji Abdul Manaf Hashim, ADUN Pengkalan Bharu, YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato' Shaharuddin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung, dan Tuan DSP Chong Boon Khim, Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung.

Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua, Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan dan Unit MPM serta rakan-rakan media.

MPM merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada 8 Ahli Majlis yang telah dilantik.

Sehubungan dengan itu, secara keseluruhannya terdapat 24 Ahli Majlis yang telah dilantik termasuk 16 Ahli Majlis yang telah mengangkat sumpah pada 6 Mei lalu.

am

am

Kemaskini Terakhir: Selasa, 7 Julai 2020 - 3:44pm