MENU

1 ekor Lembu 6 pembida

Lebih kurang 6 orang pembida hadir bagi membida lelongan lembu yang disita akibat kecuaian pemilik/penternak yang tidak bertanggungjawab dalam penjagaan lembu lembu milik mereka yang dibiarkan berkeliaran dikawasan awam.

3 ekor lembu yang disita, hanya 1 sahaja yang dilelong. Ini kerana 2 ekor daripada lembu berkenaan telah dituntut dengan bayaran kompaun dan juga merangkumi tanggungan kos operasi.

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengambil tindakan proaktif dengan melaksanakan Operasi Tangkapan Lembu Merayau pada 15 Jun 2019 (Sabtu), jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang di beberapa lokasi dalam kawasan perbandaran Manjung. Operasi ini adalah kolaboratif MPM dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Polis Diraja Malaysia.

Lokasi yang terlibat ialah Kampung Dato’ Seri Kamaruddin, Taman Seri Wangsa 1 dan 2 dan antara Jalan Semarak Api ke TNB Janamanjung bagi kawasan Seri Manjung, Taman Melati, Kampung Tersusun Pundut dan Kampung Baru bagi kawasan Lumut dan Kampung Sungai Wangi di Ayer Tawar serta jalan besar di antara Kampung Sungai Wangi ke pekan Ayer Tawar. Dalam operasi ini, sebanyak 3 ekor lembu telah berjaya ditangkap.

Bagi haiwan yang tidak dituntut melebihi tempoh 3 hari, lelongan awam akan dilakukan di perkarangan pejabat MPM bermula daripada harga rezab yang melibatkan kos kompaun dan kos simpanan atau penjagaan berdasarkan Undang-undang Pelesenan Haiwan Ternakan dan Haiwan Merayau (MPM) 2012 dan kos operasi.

MPM akan mengadakan operasi tangkapan haiwan merayau ini secara berkala dari semasa ke semasa dan skop operasi akan diperluaskan kepada haiwan-haiwan lain seperti kambing dan biri-biri. Sehubungan dengan itu, MPM memohon kerjasama semua penternak supaya mengambil tindakan sewajarnya dengan memastikan haiwan ternakan tidak berkeliaran di kawasan awam.

JAGA DAN TERNAKLAH LEMBU DENGAN BAIK dan pastikan tidak ganggu orang.