MENU
 
>

Pada hari ini telah diadakan Lawatan Pemantauan Bagi Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Peringkat Daerah Manjung yang melibatkan premis-premis perniagaan di sekitar Pusat Perniagaan Manjung Point 3 dan Pasar Raya AEON Seri Manjung.

Lawatan yang diketuai oleh Majlis Perbandaran Manjung (MPM) ini bermula pada jam 10.00 pagi dan melibatkan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Pejabat Kesihatan Daerah Manjung, Polis Diraja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Daerah Manjung dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Daerah Manjung.

Turut serta ialah Tuan Zulhisham Ahmad Shukori, Pegawai Daerah Manjung, Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua MPM, Tuan ACP Nor Omar Sappi, Ketua Polis Daerah Manjung, Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM, Tuan Wan Muhammad Badrol Wan Mahmood, Ketua Cawangan KPDNHEP Manjung dan Puan Norhafizah Ahmad, Penolong Pengarah MKN Daerah Manjung.

Lawatan ini dilakukan bagi memantau tahap pematuhan prosedur kawalan wabak Covid-19 oleh peniaga-peniaga dalam tempoh PKPB. Hasil pemantauan mendapati bahawa premis-premis tersebut mematuhi prosedur dan garis panduan PKPB yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

#perangicovid-19
#MovementControlOrder
#stayathome

 

14MEI

Kemaskini Terakhir: Rabu, 3 Jun 2020 - 9:49am