MENU

4 APRIL 2013 (KHAMIS) – Ahli-ahli Panel Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2012 telah mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada jam 8.00 pagi.

Semasa lawatan ini, ahli-ahli panel daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang diketuai oleh Encik Mohd Supar Samion, Timbalan Setiausaha Bahagian Inspektorat, KPKT telah membuat penilaian terhadap 320 kriteria yang ditetapkan dalam Sistem Penarafan Bintang PBT 2012.

MPM berharap agar memperolehi kedudukan atau markah yang lebih baik kali ini berbanding penilaian pada tahun 2011 yang pada ketika itu berjaya memperolehi 4 bintang dan menempatkan MPM sebagai PBT ke-5 terbaik peringkat kebangsaan.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 18 September 2019 - 3:19pm