MENU
 
>

Kerja-kerja disinfeksi oleh Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada hari ke-41 Perintah Kawalan Pergerakan tertumpu di lokasi tandas bergerak yang terletak di sekatan Perintah Kawalan Pergerakan di Changkat Chermin dan Hospital Seri Manjung.

Selain itu, pasar-pasar awam di sekitar Manjung turut menjadi lokasi tumpuan untuk kerja-kerja disinfeksi ini iaitu Pasar Awam Simpang 2 dan Pasar Awam Pekan Gurney.

Kawasan lain yang terlibat dengan kerja-kerja disinfeksi ini adalah di kawasan sekitar bank-bank di Ayer Tawar, Kampung Koh dan Sitiawan.

Kerja-kerja disinfeksi ini akan diteruskan lagi oleh MPM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekalkan kebersihan dan menyekat penularan wabak Covid-19.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 28 Mei 2020 - 2:54pm