MENU
 
>

Kerja-kerja disinfeksi oleh Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada hari ini tertumpu di lokasi tandas bergerak yang terletak di Hospital Seri Manjung serta di kawasan sekitar bank-bank di Sitiawan dan Ayer Tawar.

Selain itu, pasar-pasar awam di sekitar Manjung turut menjadi lokasi tumpuan untuk kerja-kerja disinfeksi ini iaitu Pasar Awam Simpang 2 dan Pasar Awam Pekan Gurney.

Kawasan lain yang terlibat dengan kerja-kerja disinfeksi ini adalah di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Manjung dan di sekitar Dewan Tertutup, Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Kerja-kerja disinfeksi ini akan diteruskan lagi oleh MPM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bagi mengekalkan kebersihan dan menyekat penularan wabak Covid-19.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 3 Jun 2020 - 9:49am