MENU

Kejohanan Badminton Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung pada 21hb dan 22hb  Mei  2016  merupakan kali pertama di bawah kelolaan Pasukan Badminton Majlis Perbandaran Manjung kerana kejohanan ini dilihat berpotensi untuk diadakan pada setiap tahun sebagai salah satu kejohanan berprestij di peringkat Daerah Manjung.  Permainan badminton semakin menjadi salah satu permainan pilihan rakyat Malaysia terutamanya dan rakyat Manjung amnya serta kejohanan yang telah diadakan ini terdiri daripada penyertaan ahli-ahli kelab Badminton di seluruh Daerah Manjung yang meliputi Pangkor, Lumut, Seri Manjung, Ayer Tawar, Pantai Remis dan Lekir

Kemaskini Terakhir: Rabu, 18 September 2019 - 3:19pm