MENU

IKLAN BORANG PERMIT BAZAR RAMADAN 1437H/2016

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Dimaklumkan bahawa permit perniagaan di Bazar Ramadan 1437H/2016 Majlis Perbandaran Manjung akan mula dikeluarkan mulai 30 Mei 2016 kaunter Pelesenan, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar Aras 2, Majlis Perbandaran Manjung seperti berikut :

 

Bil.

Kawasan

Lokasi Bazar Ramadan

JumlahPetak Yang Disediakan (Borang yang dikeluarkan)

Tarikh BorangDikeluarkan

JumlahBayaran

(RM)

1.

Pasaraya Tesco

Tempat Letak Kereta Pasaraya Tesco (Hadapan)

48

30 Mei 2016 (Isnin) mulai 8.30 pagi (sehingga borang habis dikeluarkan)

230.00

2.

Dataran Aman Jaya Lekir

Dataran Aman Jaya Lekir

20

230.00

 

Syarat-Syarat :

  1. Hanya warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas (pada tarikh 30 Mei 2016) yang membawa kad pengenalan dibenarkan mengambil borng maklumat permohonan permit Bazar Ramadan.
  2. Wakil adalah tidak dibenarkan.
  3. Bagi penjawat awam perlu kemukakan surat kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing.
  4. Setiap pemohon hanya dibenarkan mengambil 1 borang sahaja. Jika terdapat lebih daripada 1 lokasi dikemukakan, pihak majlis hanya akan mempertimbangkan 1 lokasi sahaja.
  5. Jumlah borang yang dikeluarkan mengikut jumlah petak perniagaan dan nombor borang merupakan nombor petak.
  6. Bayaran proses borang yang dikenakanadalahsebanyakRM10.00.  
  7. Pembayaran boleh dibuat mulai 30 Mei 2016 hingga 3 Jun 2016 dengan membawa kad pengendalian makanan yang masih sah tempoh atau resit suntikan pelalian taifod di kaunter Pelesenan, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar Aras 2, Majlis Perbandaran Manjung.
  8. Perniagaan yang melibatkan aktiviti memasak, menggoreng, membakar, memproses air tebu dan kelapa muda akan dikenakan cagaran sebanyak RM100.00 dan wang cagaran hanya akan dikembalikan setelah pihak majlis berpuashati dengan tahap kebersihan di tapak perniagaan selepas tamat Bazar Ramadan.

 

Dengan Perintah,

Yang  Dipertua Majlis Perbandaran Manjung.

 

 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 18 September 2019 - 3:19pm