MENU
 
>

GALERI PANGKOR DIPECAH MASUK, BARANGAN WARISAN DAN BERSEJARAH HILANG DICURI

Perbuatan keji memecah masuk dan mencuri barangan-barangan bernilai dan bersejarah di Galeri Pangkor. 13 Mei 2020, Galeri Pangkor telah dipecah masuk dan sebilangan bahan-bahan bernilai dan bersejarah telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Dipercayai perkara tersebut berlaku pada malam 12 Mei 2020.

Ini merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggung jawab dan merugikan bukan sahaja nilai wang ringgit, bahkan nilai kebudayaan, sejarah dan warisan Pulau Pangkor turut juga dirompak.

Bagi sesiapa yang terlihat, mengetahui ataupun punyai sebarang maklumat berkaitan perihal ini, jasa baik anda diperlukan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa dan Majlis Perbandaran Manjung.

PERHATIAN: SESIAPA YANG TERLIBAT MENCURI, MENJUAL DAN MEMBELI BARANGAN-BARANGAN YANG DICURI INI AKAN DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG DAN AKAN DIDAKWA

Terima Kasih

JABATAN PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN SOSIAL
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Kemaskini Terakhir: Rabu, 3 Jun 2020 - 9:49am