MENU
 
>
Berita baik untuk anda yang berminat memiliki EZ Sanitizer Cute hasil inovasi Unit Landskap, Majlis Perbandaran Manjung.
Harga EZ Sanitizer ini berpatutan dengan reka bentuk yang eksklusif dan mudah digunakan oleh kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Rekaan ini telah diperkemaskan untuk kemudahan dan keselamatan dengan ciri-ciri reka bentuk yang bersaiz lebih kecil dan comel.
Penggunaannya sangat praktikal pada ketika negara sedang dilanda wabak Covid-19 kerana boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan disebabkan tidak melibatkan sebarang sentuhan di antara individu dengan botol sanitizer. Sebaliknya alat ini hanya menggunakan pedal pemijak bagi mengeluarkan cecair sanitizer dan terus digunakan.
Sila hubungi nombor yang tertera untuk membuat tempahan.
UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
Kemaskini Terakhir: Rabu, 28 Oktober 2020 - 3:57pm