MENU
 
>
NAMA PROGRAM :BANTUAN PROJEK ERAT SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA
TARIKH: 9 FEBRUARI 2021
Pihak Majlis Perbandaran Manjung di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) telah menyampaikan kotak bantuan keperluan makanan melalui Projek Ekspedisi Rakyat Terbela (ERAT) sempena Tahun Baru Cina kepada warga miskin bandar dalam kategori ekasih.
Sumbangan telah disampaikan oleh Ahli-ahli Majlis kawasan yang terlibat iaitu Dr. Chieng Lee Chong (Zon 16), Encik Mohamad Zaini bin Hasbullah (Zon 17) dan Encik Azmi bin Ismail (Zon 18) yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk kawasan berkaitan.
Pihak Majlis Perbandaran Manjung berharap sumbangan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan kos sara hidup terutama bagi warga miskin bandar ini yang akan menyambut Tahun Baru Cina.
Pihak Majlis juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Majlis yang meluangkan masa untuk turun padang bersama-sama bagi menjayakan Projek ERAT ini.
 
#SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA
#PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19
 
UNIT PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB)
BAHAGIAN KEMASYARAKATAN JABATAN PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN SOSIAL
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
Kemaskini Terakhir: Khamis, 25 Februari 2021 - 4:41pm