MENU

CIRI-CIRI LOCAL AGENDA 21

  • Menangani keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar bersama
  • Merumus wawasan masa hadapan yang mampan berdasarkan sepersetujuan (consensus)
  • Melibatkan masyarakat tempatan
  • Mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yang berkepentingan untuk menguruskan proses ini
  • Mewujudkan rangkakerja pemantauan dan laporan perkembangan projek
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk menjayakan pelan-pelan tindakan yang telah dirumuskan

FAEDAH LOCAL AGENDA 21

Sebagai individu:

  • Pendapat anda diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan program-program untuk meningkatkan kualiti hidup anda.
  • Pihakberkuasa tempatan yang lebih peka dan berkesan kepada keperluan-keperluan anda.
  • Alam sekitar yang lebih selesa dan kualiti hidup yang lebih tinggi.
  • Meningkatkan rasa bangga, cinta dan tanggungjawab kepada alam sekitar anda.

Sebagai persatuan atau syarikat:

  • Meningkatkan imej pertubuhan anda sebagai badan masyarakat atau korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan-keperluan masyarakat tempatan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.
  • Menjalankan program-program dengan lebih berkesan kerana adanya kerjasama dari pihak-pihak berkepentingan yang lain.
  • Peluang untuk merancang dan menguruskan pembangunan alam sekitar kawasan anda bersama-sama dengan pihakberkuasa tempatan.
  • Peluang untuk memberi input kepada dasar-dasar dan kaedah operasi tempatan yang ada kesan kepada alam sekeliling dan kualiti hidup masyarakat tempatan.

Sebagai wakil kerajaan:

  • Meningkatkan persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan. akan membawa manfaat kepada semua.
  • Mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik (good governance) dengan adanya penyertaan awam, ketelusan, kepekaan, kesepakatan (consensus), keberkesanan dan kecekapan, kebertanggungjawaban (accountability) dan wawasan strategik.

WAWASAN MASYARAKAT MANJUNG

"Bersama membentuk persekitaran perbandaran yang harmoni, mesra dan penyayang"

PELAKSANAAN LA21

PELAKSANAAN PROGRAM LA21, MANJUNG MELALUI 3 FASA IAITU:-

  1. FASA PENGENALAN & LATIHAN
  2. FASA LATIHAN, PERANCANGAN & PELAKSANAAN
  3. FASA PELAKSANAAN & PENILAIAN

MATLAMAT

JAWATANKUASA KECIL INTEGRASI SOSIAL DAN KESELAMATAN
‘Merangsang masyarakat perbandaran yang prihatin, bertanggungjawab dan beretika dalam kehidupan seharian agar persekitaran manjung sentiasa harmoni, mesra dan kondusif'

JAWATANKUASA KECIL PELANCONGAN & ALAM SEKITAR
"Menjadikan daerah ini sebagai destinasi pelancongan yang konsisten dan mengekalkan imej dan identiti tersendiri iaitu warisan sejarah, keunikan sosio budaya, kekayaan alam semulajadi, serta sebagi sebuah pusat pembangunan maritim."

JAWATANKUASA KECIL PEMBANGUNAN SEKTOR INFORMAL
"Meningkatkan keupayaan dan kebolehan usahawan bumiputera Manjung dalam perniagaan dan pemilikan harta komersial khususnya premis perniagaan di pusat bandar."