MENU

FUNGSI UNIT UNDANG-UNDANG & INTEGRITI (UUI)

  • Menyelaras dan mengemaskini perjalanan urusan Majlis Perbandaran Manjung menurut Undang-Undang, peraturan-peraturan dan garis panduan yang diterimapakai dan terkini.
  • Menjalankan pendakwaan bagi pihak Majlis di Mahkamah bagi kesalahan di bawah Undang-Undang yang berkaitan.
  • Membuat penderafan dan semakan dokumen-dokumen perjanjian yang berkaitan dengan Majlis Perbandaran Manjung.
  • Memberi nasihat perundangan kepada jabatan-jabatan lain di Majlis Perbandaran Manjung agar segala tindakan yang diambil tidak bercanggah dengan perundangan yang dikuatkuasakan.
  • Menguruskan penggubalan, penyemakan dan pewartaan Undang-Undang kecil, perintah, pekeliling dan kaedah-kaedah Majlis Perbandaran Manjung.
  • Menyediakan dan menyemak notis perundangan.
  • Menyediakan dan membantu pegawai penyiasat dalam menyediakan kertas siasatan bagi kes-kes yang diperlukan untuk pendakwaan.
  • Menguruskan hal tuntutan, pembelaan, tindakan-tindakan sivil bersama peguam panel Majlis.
  • Memberi kesedaran kepada orang ramai supaya menghargai undang-undang  dan peraturan yang digunapakai oleh Majlis melalui khidmat nasihat yang diberikan.

 

 

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 16 November 2018 - 3:14pm