Fungsi
Bahagian Perlesenan
- Memproses dan mempertimbangkan semua permohonan lessen perniagaan dan papan iklan baru mengikut undang-undang yang berkaitan.
- Memproses permohonan permit perniagaan sementara, penjaja sementara, permit perayaan, permit meletak meja di luar premis dan sebagainya.
- Memproses permohonan pembaharuan lessen.
- Memproses permohonan pindahmilik lessen.
- Memproses permohonan lessen iklan sementara.
- Memastikan semua perniagaan di kawasan majlis mematuhi syarat-syarat perlesenan yang di tetapkan.
Bahagian Perkhidmatan Bandar
- Merancang dan melaksanakan perkhidmatan kutipan sampah domestik dengan mematuhi piagam pelanggan dan syarat yang ditetapkan.
- Melaksanakan kerja-kerja pembersihan tempat awam seperti pasar awam, stesen dan perhentian bas, jalan utama sepertimana piagam pelanggan yang telah ditetapkan.
- Memantau dan peraku kerja-kerja pembersihan kawasan yang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik memtuhi syarat dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
- Memantau pemajak tandas awam supaya menyelenggara tandas awam dengan baik dan bersih.
- Menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas aduan yang diterima berkaitan pembandaran.
Bahagian Pentadbiran Zon
- Merancang dan menguruska pembelian serta pembaikan peralatan kerja, jentera dan kenderaan.
- Menyelia dan mengurus perakuan pembayaran kontrak / pembelian peralatan kerja dan penyelenggaraan kenderaan.
- Menyelia dan meguruskan dokumen sebutharga dan tender jabatan.
- Mengurus dan merekod belanjawan serta buku vot jabatan.
- Memantau dan mengemaskini laporan aduan awam kepada zon yang terlibat.
- Mengurus pembayaran bil air Majlis dan bil pembentungan banggunan Majlis.
- Merancang dan meyelaras kursus dan latihan anggota.
- Mengurus dan mengemaskini rekod cuti rehat / cuti sakit anggota.
- Mengurus semua tuntutan anggota jabatan seperti tututan elaun lebih masa, elaun pemandu ganti, elaun perjalanan dan sebagainya.
- Menyedia dan menyelaraskan laporan tatatertib anggota untuk dibawa ke Lembaga Tatatertib Majlis.
Bahagian Kesihatan Awam
- Merancang dan meguruskan aktiviti kawalan vektor dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Manjung.
- Merancang dan mengurus penyelenggaraan tapak perlupusan.
- Merancang dan melaksanakan Prigam Kitar semula dan Kempen kebersihan serta yang berkaitan.
Piagam Pelanggan
BAHAGIAN PERLESENAN
Memproses dan membuat keputusan permohonan lesen-lesen perniagaan
i. LESEN BERISIKO : pertimbangan YDP / SU - 10 Hari
( Rujuk senarai lesen berisiko)
ii. LESEN TIDAK BERISIKO: Pertimbangan Jabatan - serta merta
(Rujuk senarai lesen tidak berisiko)
iii. LESEN PAPARAN IKLAN SAHAJA : Pertimbangan Jabatan - serta-merta
Dengan syarat mematuhi kehendak-kehendak yang telah ditetapkan oleh Majlis Pembandaran Manjung dan tempoh masa memproses lesen adalah mengikut hari bekerja.
BAHAGIAN PERKHIDMATAN BANDAR
Melaksanakan kerja-kerja perkhidmatan kutipan sampah domestik mengikut piawaian yang telah ditetapkan
- Kawasan bandar / perniagaan setiap hari
- Kawasan perumahan (Kediaman) 3 kali seminggu
Kerja-kerja pembersihan kawasan oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak Majlis mengikut / kawasan yang telah ditetapkan.
a) Pengurusan Sampah (MPM) |
Kutipan sampah domestik kawasan kediaman - 3 kali seminggu Kutipan sampah domestik kawasan perniagaan - setiap hari |
|
b) Pembersihan Longkang (Kontraktor) |
Pembersihan longkang kawaan kediaman - 1 kali sebulan Pembersihan longkang kawasan pekan/perniagaan - selang sehari |
|
c) Pemotongan Rumput (Kontraktor) |
Pemotongan rumput kawasan taman perumahan - 1 kali sebulan Kutipan sampah pukal (kawasan perumahan) - 1 kali sebulan Pemotongan rumput kawasan padang/tanah lapang - 2 kali sebulan CATATAN : Pemantauan perkhidmatan pembersihan dilakukan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran mengikut zon |
Mengambil tindakan ke atas aduan dalam tempoh 10 hari bekerja.
- Memperakui bayaran kepada pembekal / kontraktor untuk dihantar kepada Jabatan Pembendaharaan dalam tempoh 2 hari selepas tuntutan diterima.
- Memperakui kes-kes tatatertib untuk tindakan Jabatan Khidmat Pengurusan dalam tempoh 14 hari laporan diterima.
HUBUNGI KAMI
Tel umum: 056898914/15
Fax umum: 056882102
Alamat : Jabatan Kesihatan Awam & Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung
Emel umum: pelesenan@mpm.gov.my
Pegawai :En.Sharil bin Salihan