Fungsi
• Bertanggungjawab menyedia anggaran belanjawan tahunan Majlis.
• Bertanggungjawab menerima dan memproses kutipan hasil Majlis.
• Bertanggungjawab menyedia pesanan tempatan / inden kerja bagi permohonan perbelanjaan yang telah diluluskan.
• Bertanggungjawab membuat bayaran bagi semua perbelanjaan Majlis.
• Bertanggungjawab menyelenggara rekod-rekod harta modal dan inventori Majlis.
• Bertanggungjawab menjadi urus setia perolehan sebutharga dan tender Majlis.
• Bertanggungjawab menyedia penyata / laporan kewangan Majlis.
• Bertanggungjawab menyedia maklumat kewangan / akaun untuk teguran audit.
• Bertanggungjawab membuat pelaburan ke atas lebihan hasil Majlis.
• Bertanggungjawab mengurus penyewaan premis Majlis.
Piagam Pelanggan
Bil | Objektif Kualiti | Sasaran / Tempoh |
1. | Menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap dan berkualiti. | Dua (2) minit bagi setiap transaksi |
2. | Penyediaan Cadangan Bajet sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan. | Tertakluk kepada surat Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan) (SUK (KT)) yg diterima |
3. | Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan Majlis. | Selewat-lewatnya bulan Mac tahun berikutnya. |
4. | Memastikan Tuntutan Pembayaran dilaksanakan setelah menerima dokumen yang lengkap. | Tidak lewat daripada satu (1) hari bekerja |
5. | Menyedia dan menyerah Pesanan Tempatan atau Inden Kerja bekerja setelah menerima permohonan yang lengkap. | Tidak lewat daripada tiga (3) hari bekerja |
6. | Semua permohonan pinjaman kenderaan dan pinjaman komputer diberi keputusan setelah menerima permohonan yang lengkap. | Sepuluh (10) hari bekerja |
7. | Proses pelupusan aset alih | Mengikut keperluan |
HUBUNGI KAMI
Tel umum: 056898923/24
Fax umum: 056882102
Alamat : Jabatan Perbendaharaan, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung
Emel umum: perbendaharaan@mpm.gov.my
Pegawai : Razali Bin Mat Nayan