MENU

PIAGAM PELANGGAN

 

  1. Bil-bil Cukai Taksiran akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 15 Januari (1/2 tahun pertama) dan 15 Julai (1/2 tahun kedua).
  2. Memastikan pegangan yang telah di keluarkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) / Notis Pemberitahuan Pengeluaran Sijil Layak Menduduki oleh Jabatan Bangunan/ OS siap dinilai dalam tempoh  tidak melepasi dari tarikh setengah tahun yang berikutnya.
  3. Pengesahan dan kelulusan Senarai Nilaian dilaksanakan dalam tempoh 35 hari bekerja selepas didaftarkan dalam Daftar Taksiran.
  4. Penyerahan Notis Meminda Senarai Nilaian kepada pemilik pegangan dihantar selewat-lewat 30 hari sebelum tarikh meminda cukai.
  5. Setiap bantahan yang memenuhi kehendak Seksyen 142, Akta Kerajaan Tempatan 1976 akan diperdengarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh meminda dan memaklumkan keputusan bantahan 7 hari selepas pendengaran.
  6. Memastikan permohonan Pindahmilik dalam Daftar Taksiran diproses dalam tempoh 14 Hari bekerja dari tarikh permohonan diterima, jika maklumat lengkap.
  7. Memastikan permohonan Carian Rasmi di proses dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  8. Memastikan permohonan Elaun Kekosongan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja selepas tamat tempoh penggal tuntutan dibuat dan memenuhi kehendak Seksyen 162, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  9. Memastikan permohonan pertukaran Alamat Pos Bil Cukai Taksiran diproses dalam tempoh 5 hari bekerja.
  10. Menyediakan jawapan bertulis bagi pertanyaan/aduan awam berkaitan penilaian diproses dalam tempuh 14 hari bekerja dari tarikh surat diterima.
  11. Penilaian semula dibuat 5 tahun sekali bergantung kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri mengikut Seksyen 137(3) Akta 171.
  12. Memastikan pengeluaran borang E dikeluarkan setiap 1 Mac bagi penggal pertama dan 1 september bagi penggal kedua (Seksyen 147 & 148 Akta 171)
  13. Memastikan pengeluaran borang F dikeluarkan selepas tamat tempoh 15 hari borang E diposkan atau diserahkan.
  14. Memastikan proses sitaan harta alih dilaksanakan selepas 7 hari berkerja borang F diserahkan.
  15. Memastikan lelongan awam dijalankan dalam tempoh 60 hari selepas tamat borang F.

 

HUBUNGI KAMI

Tel umum        : 05-6898854/55

Fax umum       : 05-6882102

Alamat             : Jabatan Penilaian, Majlis Perbandaran Manjung,

             Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak.

Emel umum     : penilaian@mpm.gov.my

Pegawai           : Puan Hajah Norhayati Binti Nayan, PJK.