FUNGSI JABATAN
- Menyediakan Senarai Nilaian bagi semua harta yang terletak di kawasan Majlis bagi tujuan Cukai Taksiran Am.
- Menyediakan Senarai Nilaian terhadap semua bangunan milik Kerajaan Persekutuan, TLDM, Negeri dan Badan-Badan Berkanun yang terletak di dalam kawasan Majlis untuk maksud Caruman Membantu Kadar.
- Menjalankan kerja-kerja Pindaan Senarai Nilaian bagi semua pegangan baru dan tambahan termasuk pecahan lot kosong di dalam kawasan Majlis.
- Mengeluarkan notis-notis meminda memberitahu mengenai penguatkuasaan cukai taksiran kepada Pemilik Pegangan.
- Mengurus dan mengendalikan kes-kes bantahan untuk diperdengarkan dalam Mesyuarat Mendengar Bantahan.
- Menguruskan pengeluaran bil-bil Cukai Taksiran bagi penggal pertama dan kedua.
- Menyediakan Kadar Peratus Cukai Taksiran setiap tahun bagi semua kawasan kadaran dan memanjangkan ke Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk kelulusan.
- Menyedia, memeriksa dan mengesahkan laporan mengenai rumah runtuh, terbakar atau tidak layak didiami untuk dibatalkan dari Senarai Nilaian dan didalam kes rumah kosong untuk diberi rebat cukai taksiran atau remisi.
- Mengemaskini maklumat pertukaran alamat surat menyurat bil Cukai Taksiran dan Pindah milik nama pegangan berkadar.
- Menguatkuasakan tindakan undang-undang bagi tuntutan cukai taksiran dan tunggakan Cukai Taksiran.
- Memberi pengesahan status Pegangan bercukai dalam urusan Carian Rasmi dari agensi awam dan swasta serta orang awam.
- Bertanggungjawab mendaftar maklumat terkini pegangan bercukai melalui Semakan di Pelbagai Agensi yang berkaitan dan mengemaskini di dalam sistem berkomputer.
- Mengesahkan Penamaan Taman dan Pernomboran Premis yang dicadangkan oleh Jabatan Perancang serta mengeluarkan surat sokongan Sijil Layak Menduduki.
- Menyelaras dan mengambil tindakan ke atas aduan cukai taksiran, permohonan pengecualian cukai taksiran dan permohonan bayaran cukai taksiran secara ansuran.
- Menyimpan pelan-pelan menunjukkan sempadan-sempadan kawasan Majlis yang telah diwartakan.
- Menyediakan kenyataan dalam Warta Kerajaan bagi menjalankan kuasa-kuasa yang diberi dibawah Seksyen 127 Akta Kerajaan Tempatan 1976.
- Mengemaskini rekod-rekod aras nilaian semasa atau ’tone of the list’ melalui Penilaian Semula yang dilakukan setiap lima (5) tahun jika mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.