MENU

FUNGSI JABATAN

 

  1. Menyediakan Senarai Nilaian bagi semua harta yang terletak di kawasan Majlis bagi tujuan Cukai Taksiran Am.
  2. Menyediakan Senarai Nilaian terhadap semua bangunan milik Kerajaan Persekutuan, TLDM, Negeri dan Badan-Badan Berkanun yang terletak di dalam kawasan Majlis untuk maksud Caruman Membantu Kadar.
  3. Menjalankan kerja-kerja Pindaan Senarai Nilaian bagi semua pegangan baru dan tambahan termasuk pecahan lot kosong di dalam kawasan Majlis.
  4. Mengeluarkan notis-notis meminda memberitahu mengenai penguatkuasaan cukai taksiran kepada Pemilik Pegangan.
  5. Mengurus dan mengendalikan kes-kes bantahan untuk diperdengarkan dalam Mesyuarat Mendengar Bantahan.
  6. Menguruskan pengeluaran bil-bil Cukai Taksiran bagi penggal pertama dan kedua.
  7. Menyediakan Kadar Peratus Cukai Taksiran setiap tahun bagi semua kawasan kadaran dan memanjangkan ke Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk kelulusan.
  8. Menyedia, memeriksa dan mengesahkan laporan mengenai rumah runtuh, terbakar atau tidak layak didiami untuk dibatalkan dari Senarai Nilaian dan didalam kes rumah kosong untuk diberi rebat cukai taksiran atau remisi.
  9. Mengemaskini maklumat pertukaran alamat surat menyurat bil Cukai Taksiran dan Pindah milik nama pegangan berkadar.
  10. Menguatkuasakan tindakan undang-undang bagi tuntutan cukai taksiran dan tunggakan Cukai Taksiran.
  11. Memberi pengesahan status Pegangan bercukai dalam urusan Carian Rasmi dari agensi awam dan swasta serta orang awam.
  12. Bertanggungjawab mendaftar maklumat terkini pegangan bercukai melalui Semakan di Pelbagai Agensi yang berkaitan dan mengemaskini di dalam sistem berkomputer.
  13. Mengesahkan Penamaan Taman dan Pernomboran Premis yang dicadangkan oleh Jabatan Perancang serta mengeluarkan surat sokongan Sijil Layak Menduduki.
  14. Menyelaras dan mengambil tindakan ke atas aduan cukai taksiran, permohonan pengecualian cukai taksiran dan permohonan bayaran cukai taksiran secara ansuran.
  15. Menyimpan pelan-pelan menunjukkan sempadan-sempadan kawasan Majlis yang telah diwartakan.
  16. Menyediakan kenyataan dalam Warta Kerajaan bagi menjalankan kuasa-kuasa yang diberi dibawah Seksyen 127 Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  17. Mengemaskini rekod-rekod aras nilaian semasa atau ’tone of the list’ melalui Penilaian Semula yang dilakukan setiap lima (5) tahun jika mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 September 2017 - 11:15am