MENU
 
>
  1. BAHAGIAN SUKAN & PENGURUSAN PRASARANA

 

  1. LATARBELAKANG

 

  • Bahagian sukan diwujudkan adalah bertujuan untuk bergiat aktif dalam memartabatkan bidang sukan daerah Manjung, disamping membantu mempromosikan daerah Manjung sebagai salah sebuah pusat kemudahan sukan di negeri Perak.

 

  • Bahagian Sukan & Pengurusan Prasarana, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial diketuai oleh seorang ketua bahagian, iaitu Penolong Pegawai Tadbir (N 27) serta dua orang Pembantu Tadbir N17 tetap. Bahagian ini telah dipecahkan kepada 2 skop utama iaitu ;

 

  1. Pengurusan dan Pembangunan Sukan
  2. Pengurusan Prasarana (tempahan/sewaan)

 

  1. VISI

 

  • Berusaha memartabatkan sukan di daerah Manjung dengan pelbagai aktiviti sukan yang boleh menarik penglibatan komuniti setempat dan semua pihak untuk aktif dalam program sukan dan rekeasi di daerah Manjung.

 

  1. MISI

 

  • Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua penduduk daerah Manjung yang menggunakan kemudahan-kemudahan serta perkhidmatan sukan dan rekreasi milik Majlis Perbandaran Manjung.

 

  1. OBJEKTIF KUALITI BAHAGIAN SUKAN & PENGURUSAN PRASARANA

 

  • Memastikan maklumbalas permohonan sewaan/penggunaan Dewan Majlis / Kompleks Sukan / Kemudahan Awam dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan.

 

 

 

 

 

 

  1. FUNGSI UTAMA BAHAGIAN SUKAN & PENGURUSAN PRASARANA

 

  1. Merancang, mengurus, melaksana dan menyelia dan mengalakkan aktiviti atau program sukan di daerah Manjung.

 

  1. Mengurus dan menjalinkan kerjasama dan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak di dalam melaksanakan acara-acara sukan seterusnya mewujudkan rangkaian maklumat yang tetap berhubung dengan program-program usahasama yang diatur.

 

  1. Bertindak dalam memabawa hala tuju bahagian menajdi sebagai sebuah bahagian yang menyediakan informasi yang berkaitan dengan program sukan di daerah Manjung dan bersedia untuk membantu setiap penganjur dalam proses pemberian maklumat.

 

  1. Mengurus dan melaksanakan usaha memperluaskan aktiviti sukan untuk mendapat sambutan masyarakat dan orang ramai seterusnya merangsang, memaju dan mempromosikan daerah Manjung di peringkat sukan antarabangsa bagi menempatkan daerah ini sebagai salah sebuah daerah yang terkenal dengan pusat sukan yang terbaik.

 

  1. Merancang, mengurus, melaksana dan menyelia kemudahan Dewan Majlis, Kompleks Sukan dan Kemudahan Awam Majlis Perbandaran Manjung dan meningkatkan tahap perkhidmatan tempahan alatan sukan atau stadium agar dapat memuaskan hati komuniti dalam dan luar.

 

  1. Berusaha dalam menarik lebih ramai komuniti untuk datang ke daerah ini melalui aktiviti-aktiviti kesukanan dan menitikberatkan penyertaan secara langsung penduduk tempatan dalam aktiviti tersebut.

 

  1. Menyelaras dan mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti sukan atau penggalakkan berkaitan dengan kesukanan yang dijalankan oleh mana-mana Jabatan Kerajaan, agensi dan juga badan-badan swasta.

 

  1. Bertanggungjawba dalam memberi syor kepada MPM mengenai cara-cara, langkah-langkah dan program-program yang hendak dilaksanakan bagi memudahkan dan menggiatkan aktiviti kesukanan ini.

 

 

  1. Berusaha dalam merencana seterusnya meningkatkan prospek pembangunan kemudahan sukan milik Majlis Perbandaran Manjung merangkumi pembangunan sedia ada dan pembangunan baharu bagi kemudahan warga perbandaran.

 

  1. Mengurus dan menyelia pengurusan kebersihan dan penyelnggaraan bagi kawasan kemudahan sukan milik Majlis Perbandaran Manjung.

 

  1. Merancang dan mengurusakan usaha-usaha memporomosi gaya hidup sihat dan aktiviti riadah dan rekreasi di kalangan warga perbandaran Manjung.

 

  • Bertanggungjawab dalam menyelaras dan mengurus acara sukan dan penglibatan pasukan-pasukan bagi acara sukan Majlis Perbandaran Manjung.

 

  1. Bertanggungjawab dalam mempromosikan kemudahan sukan milik Majlis Perbandaran Manjung melalui saluran media sosial, risalah dan bahan penerbitan.

 

  • Melaksanakan pemantauan berkala keatas kemudahan sukan disamping menjalankan audit keatas penggunaan bagi tujuan menyelenggaraan.

 

Bertanggungjawab dalam menjalinkan hubungan kerjasama dua hala dengan semua persatuan-persatuan sukan di daerah Manjung, peringkat negeri dan juga peringkat persekutuaan

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 18 Oktober 2019 - 9:30am