MENU
 
>
  1. BAHAGIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

 

  1. LATARBELAKANG

 

  • Bahagian Pelancongan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial ditubuhkan pada Jun 2004 dan diketuai oleh seorang ketua bahagian, iaitu Penolong Pegawai Pelancongan (E 27) serta seorang Pembantu Tadbir. Kini, Ketua Bahagian Pelancongan di bawah waran perjawatan Penolong Pegawai Tadbir (N27)

 

  • Bahagian ini diwujudkan setelah penstrukturan semula jabatan-jabatan di Majlis Perbandaran Manjung ini, adalah bertujuan untuk bergiat aktif di dalam memartabatkan industri pelancongan  daerah dalam masa yang sama meningkatkan imej dan kualiti bandar disamping membantu mempromosikan Daerah Manjung sebagai salah sebuah pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia.

 

  1. VISI

 

  • Menjadi sebuah Bahagian yang menerajui pembangunan dan pengurusan pelancongan daerah Manjung sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

 

  1. MISI

 

  • Menggerakkan usaha pembangunan pelancongan daerah Manjung berimpak tinggi kepada masyarakat, daerah, negeri dan Negara melalui pengurusan dan pemangunan pelancongan yang berkesan.

 

  1. OBJEKTIF BAHAGIAN PELANCONGAN & KEBUDAYAAN

 

  • Memastikan daerah Manjung menjadi pusat perkembangan pelancongan negeri berasaskan kepada konsep ‘eco-tourism, agro-tourism, sport-tourism, sejarah dan warisan serta kebudayaan seterusnya menjadi destinasi pelancongan utama di negeri Perak.
  • Menganjurkan pelbagai acara pelancongan dan kebudayaan melalui usaha kerjasama melibatkan semua pihak di peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
  1. FUNGSI UTAMA BAHAGIAN PELANCONGAN & KEBUDAYAAN

 

  1. Berusaha untuk meningkatkan pembentukan identiti dan imej Daerah Manjung dalam konteks pemeliharaan dan pemuliharaan aset-aset pelancongan yang ada seterusnya bertanggungjawab dalam memberi idea terhadap kestabilan imej bandar sebagai sebuah bandar maritim dan pelancongan dalam aspek pembangunan fizikal produk pelancongan.
  2. Bertanggungjawab dalam mengurus, menyelaras dan mengendalikan acara-acara pelancongan dan kebudayaan yang dianjurkan oleh pihak Majlis, ataupun penganjuran acara yang melibatkan Majlis dengan bekerjasama dengan agensi/jabatan kerajaan lain atau pihak swasta.
  3. Menyediakan kertas kerja berkaitan dengan aktiviti & program pelancongan dan kebudayaan serta pengendalian program-program tersebut.
  4. Merancang, mengurus serta mengembangkan aktiviti pelancongan dan kebudayaan daerah Manjung merangkumi penglibatan semua sektor.
  5. Menarik acara acara pelancongan yang dianjurkan oleh pihak swasta untuk diadakan di daerah Manjung

 

  1. Merancang, mengurus dan melaksanakan usaha promosi produk pelancongan daerah Manjung melalui semua medium media disamping melaksanakan aktiviti promosi pelancongan di ekspo-ekspo serta program anjuran Majlis, Kerajaan Negeri serta pihak yang berkenaan.

 

  1. Merancang, mengurus, menyelaras dan menyelia MPMtv dan Radio MPM.

 

  1. Merancang proses mengumpul dan menyediakan  informasi berkaitan komponen-komponen Pelancongan seperti;
    1. Sejarah.
    2. Informasi kemudahan penginapan.
    3. Informasi kemudahan pengangkutan.
    4. Informasi restauran popular.
    5. Informasi pusat/produk pelancongan dll.

 

  1. Menyediakan bahan-bahan penerbitan dan maklumat yang berkaitan dengan pelancongan seperti risalah, Majalah, Buletin dan Info pelancongan serta buku pelancongan.
  2. Melaksanakan kajian pembagunan produk pelacongan merangkumi produk baru atau produk sedia ada serta melaksanakan kajian kerjasama bersama semua pihak atau institusi seterusnya membantu dalam penyaluran maklumat kepada kumpulan pengkaji dan juga pelajar.
  3. Merancang, mengurus dan menyelia perjalanan dan kelancaran di Pusat Intergrasi Pelancong Lumut dan Pusat Perkhidmatan Pelancong Pulau Pangkor, Galeri Panorama dan Galeri Pangkor merangkumi aspek berikut :-
  4. Jadual tugasan anggota ;
  5. Semakan rekod penggunaan telefon ;
  6. Statistik kehadiran pengunjung dan statistik pelancong ;
  7. Stok risalah-risalah pelancong di pusat perkhidmatan pelancong mencukupi bagi keperluan pelancong.

 

  • Memberi dan menyebarkan, termasuk mengemaskini maklumat berkaitan informasi berkaitan program pelancongan dan kebudayaan  serta perkara yang bersesuaian di facebook Majlis Perbandaran Manjung dan Blogspot.com.

 

  1. Melaksanakan Pelan Strategik Pelancongan seiring dengan Pelan Strategik Majlis Perbandaran Manjung.

 

  • Bertanggungjawab dalam menjalinkan hubungan kerjasama dua hala dengan semua penggiat-penggiat industri pelancongan daerah Manjung.

 

  • Melaksanakan audit produk keatas semua produk pelancongan daerah Manjung dibawah seliaan Majlis Perbandaran Manjung dan juga agensi kerajaan yang lain.

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 18 Oktober 2019 - 9:30am