MENU

 

  1. LATARBELAKANG
  • Selaras dengan perubahan taraf perbandaran pada tahun 2001, maka perubahan struktur organisasi juga perlu ditingkatkan terutama bagi memastikan perkhidmatan dan pembangunan yang dibawa oleh majlis menepati kehendak perbandaran Manjung itu sendiri. Oleh yang demikian, Jabatan Pembangunan Masyarakat telah diwujudkan pada 1 Jun 2003 dimana jabatan ini telah mengambilalih Unit Perhubungan Awam di Jabatan Urusetia dan juga mengembangkan fungsi tugas bagi pelancongan, kebudayaan, sukan dan kemasyarakatan.
  • Jabatan Pembangunan Masyarakat telah ditubuhkan pada 1 April 2003 melalui satu keputusan khas Mesyuarat Pengurusan Majlis dan menjadi salah satu daripada sepuluh jabatan yang terdapat di dalam struktur organisasi Majlis Perbandaran Manjung. Jabatan Pembangunan Masyarakat mengandungi 3 bahagian utama iaitu bahagian Perhubungan awam, Bahagian Pelancongan dan Penyelidikan, dan Bahagian Sukan dan Kebudayaan.
  • Pada akhir tahun 2004, pertambahan fungsi dan tanggungjawab, di mana program kemasyarakatan yang fokus utamanya kepada hal-hal kemiskinan bandar perlu diberi penekanan. Sehubungan dengan itu, penukaran nama kepada Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial serta pengstrukturan semula jabatan ini telah dikemukakan oleh tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung di dalam mesyuarat pengukuhan pengurusan bil 6, bertarikh 14 Disember 2004 dan dipersetujui pelaksanaannya.
  • Pada Tahun 2006, Bahagian Pelancongan dikeluarkan dari Jabatan ini dan dibentuk kepada Unit Pelancongan yang diketuai oleh seorang ketua unit gred E27 yang melaporkan terus kepada Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung.
  • Pada 1 September 2015, Jabatan ini distruktur semula seiring dengan keperluan dan kelulusan waran perjawatan Majlis Perbandaran Manjung dimana Bahagian Perhubungan Awam dikeluarkan menjadi 1 unit sendiri dan Unit Pelancongan di masukkan semula dibawah struktur Jabatan ini. Kini, Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial  merangkumi 3 bahagian utama iaitu, Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan, Bahagian Kemasyarakatan dan Bahagian Sukan & Pengurusan Prasarana.

 

  1. VISI

        Mewujudkan Masyarakat Perbandaran Manjung yang peka terhadap persekitaran setempat dengan mengamalkan nilai-nilai murni, berdisplin, berilmu, berbudaya, bersatu padu dan masyarakat penyayang demi kesejahteraan dan kemakmuran di Daerah Manjung di samping memastikan imej bandar pelancongan dan maritim sentiasa dihati semua.

 

  1. MISI

Melaksanakan pengurusan dan perkhidmatan berkait rapat dengan perkembangan pelancongan, aktiviti kebudayaan, sukan dan kemasyarakatan kepada warga perbandaran Manjung.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 19 September 2018 - 11:21am