MENU

Jabatan Kesihatan Persekitaran & Perkhidmatan Bandar

Fungsi

Bahagian Perkhidmatan Bandar

  1. Merancang dan melaksanakan perkhidmatan kutipan sampah domestik dengan mematuhi piagam pelanggan dan syarat yang ditetapkan.
  2. Melaksanakan kerja-kerja pembersihan tempat awam seperti pasar awam, stesen dan perhentian bas, jalan utama sepertimana piagam pelanggan yang telah ditetapkan.
  3. Memantau dan peraku kerja-kerja pembersihan kawasan yang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik memtuhi syarat dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
  4. Memantau pemajak tandas awam supaya menyelenggara tandas awam dengan baik dan bersih.
  5. Menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas aduan yang diterima berkaitan pembandaran.

Bahagian Pentadbiran Zon

  1. Merancang dan menguruskan pembelian serta pembaikan peralatan kerja, jentera dan kenderaan.
  2. Menyelia dan mengurus perakuan pembayaran kontrak / pembelian peralatan kerja dan penyelenggaraan kenderaan.
  3. Menyelia dan menguruskan dokumen sebutharga dan tender jabatan.
  4. Mengurus dan merekod belanjawan serta buku vot jabatan.
  5. Memantau dan mengemaskini laporan aduan awam kepada zon yang terlibat.
  6. Mengurus pembayaran bil air Majlis dan bil pembentungan bangunan Majlis.
  7. Merancang dan meyelaras kursus dan latihan anggota.
  8. Mengurus dan mengemaskini rekod cuti rehat / cuti sakit anggota.
  9. Mengurus semua tuntutan anggota jabatan seperti tuntutan elaun lebih masa, elaun pemandu ganti, elaun perjalanan dan sebagainya.
  10. Menyedia dan menyelaraskan laporan tatatertib anggota untuk dibawa ke Lembaga Tatatertib Majlis.
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 16 November 2018 - 3:14pm