MENU

Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan

Fungsi
  1. Menyediakan perancangan pembangunan dengan kemas dan teratur bagi dinikmati oleh penduduk mengikut matlamat wawasan.
  2. Mengawal pertumbuhan pembangunan Majlis supaya dapat memberi faedah kepada masyarakat dan pengunjung.
  3. Merancang pembangunan kawasan untuk kemudahan awam.
  4. Penggerak perubahan dan pembangunan di kawasan Majlis dengan berkesan kepada penduduk.
  5. Bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan pelbagai projek Majlis mengikut program dan peruntukan yang disediakan seterusnya membantu pembangunan kawasan Majlis Perbandaran Manjung.
  6. Terlaksananya projek sama ada penyelenggaraan, penyediaan prasarana, sosio ekonomi dan sebagainya bertujuan memberi serta menambah kemudahan riadah dan peluang ekonomi kepada penduduk.
  7. Dengan terlaksananya projek secara langsung dan tidak langsung dapat menambah pendapatan Majlis / Kerajaan melalui caj-caj dan cukai.
  8. Bertanggungjawab melakukan kerja-kerja penyelenggaraan serta menyediakan kemudahan awam seperti menyediakan pasar awam, tempat letak kereta, pondok menunggu bas dan lampu jalan.
  9. Bertanggungjawab menyelia / mengawal sistem lalu lintas di kawasan bandar.
Piagam Pelanggan
  1. Memberi Maklumbalas Aduan Awam Dalam Tempoh Sepuluh (10) Hari.
  2. Proses Sebutharga 60 Hari ( Tawaran Kepada Kontraktor Tertakluk Kepada Keputusan Jawatankuasa )
  3. Proses Tender :
  • Peruntukan Majlis, Negeri Dan Persekutuan – 18 Minggu
  • (Tawaran Kepada Kontraktor Tertakluk Kepada Keputusan Jawatankuasa Lembaga Tender / Lembaga Perolehan Persekutuan)
  1. Prosedur Pengurusan Permohonan Permit Mengorek Jalan Dalam Tempoh Empat Belas (14) Hari.
  2. Proses Tuntutan Bayaran Kontraktor / Pemborong Kepada Jabatan Perbendaharaan Dua (2) Hari.
  3. Pendaftaran Kontraktor Diselesaikan Dalam Masa Tujuh ( 7 ) Hari Dari Syarat Setelah Mengemukakan Dokumen-dokumen Lengkap Dan Menjelaskan Wang Pendaftaran.
  4. Permohonan Lampu Awam Di Proses Dalam Tempoh Empat Belas (14) Hari Sama Ada Permohonan Diluluskan Atau Ditolak.

HUBUNGI KAMI

Tel umum: 056898933/34
Fax umum: 056882102
Alamat : Jabatan Kejuruteraan & Penyelenggaraan, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung
Emel umum: kejuruteraan @mpm.gov.my
Pegawai : Shaharuddin Bin Abdullah