MENU

Jabatan Bangunan

Fungsi

  1. Memproses kelulusan pelan bangunan.
  2. Memproses kelulusan pelan infrastruktur.
  3. Memproses dan mengeluarkan permit sementara.
  4. Melaksanakan tugas – tugas penguatkuasaan terhadap projek – projek pembangunan.
  5. Memeriksa bangunan bagi tujuan pengeluaran Sijil Layak Menduduki dan mengesahkan pengeluaran Borang G17.
  6. Memproses permohonan kelulusan Lanjutan Tempoh Pelan Bangunan.

Piagam Pelanggan

"BERUSAHA UNTUK MENGAWAL PEMBINAAN BANGUNAN DI KAWASAN MAJLIS MENGIKUT PIAWAIAN DAN DASAR MAJLIS".

 
1.   Memberi ulasan terhadap permohonan pelan dalam tempoh lima belas (15) hari, hari bekerja
      bagi permohonan untuk :-
        i.   Sekim perumahan/ Komersial/ Perindustrian termasuk Pelan-Pelan Infrastruktur-
             Jalan dan Perparitan serta Kerja-Kerja Tanah.
       ii.  Binaan dan Struktur Telekomunikasi.
      iii.  Institusi/ Rumah Ibadat/ Pusat Perubatan.
      iv.  Bangunan Sementara.
       v.  Pindaan kepada pelan lulus/ bangunan sedia ada bagi kategori i - iv.
 
2.   Memberi ulasan terhadap permohonan pelan dalam tempoh tujuh (7) hari, hari bekerja
        bagi permohonan untuk :-
        i.   Rumah Kediaman Individu.
       ii.   Rumah Kedai/ Kedai Pejabat Individu.
 
3.   Memberi ulasan terhadap permohonan Pelan Pindaan kepada Pelan
      Lulus/ Bangunan Sedia Ada (selain kategori 1 i-v) dalam tempoh lima (5) hari, hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
 
4.   Memproses serta memberi keputusan serta merta terhadap permohonan pelan bagi
      tambahan awning dan pagar serta kerja-kerja kecil bangunan yang mematuhi semua
      kehendak perundangan yang ditetapkan.
 
 @page_break@
 
5.   Mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki bangunan dalam tempoh empat (4) hari,
      hari bekerja
dari tarikh permohonan lengkap diterima.
 
6.   Mengeluarkan permit sementara dengan serta merta dari tarikh permohonan diterima di atas rizab jalan bagi;
      a)   Kerja-kerja yang melibatkan pembinaan bangunan baru seperti meletak bahan binaan,
            setor bahan binaan, pemasangan ‘hording' dan sebagainya;
      b)   Pemasangan khemah keramaian (tidak melibatkan sebarang aktiviti perniagaan);
            
7.   Mengeluarkan surat perakuan pemulangan wang cagaran ke Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh dua (2) hari, hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
 

8.   Mengambil tindakan aduan dalam tempoh sepuluh (10) hari, hari bekerja dari tarikh penerimaan.

 

HUBUNGI KAMI
Tel umum: 056898994/95
Fax umum: 056882102
Alamat : Jabatan Bangunan, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung
Emel umum: bangunan@mpm.gov.my
Pegawai : Rosli Bin Hashim