Fungsi
- Merancang halatuju ICT MPM
- Merangka dan menjayakan program-program ICT
- Merancang dan melaksanakan penyelenggaraan perkakasan ICT
- Merangka serta membangunkan sistem ICT mengikut keperluan dan arahan dari semasa ke semasa
- Menguruskan pusat penyimpanan data digital ke server
- Memantau dan menguruskan jaringan rangkaian ICT organisasi
Piagam Pelanggan
Dalam menyediakan perkhidmatan IT yang unggul, inovatif dan berkualiti, kami bersedia -
- Memberi layanan mesra, bersopan dan sentiasa prihatin kepada masalah dan keperluan pengguna.
- Memastikan rangkaian komputer beroperasi dan selamat digunakan dan membaiki kerosakan (jika ada) dalam tempoh 1 hari bergantung kepada kerosakan dan menyediakan komputer gantian untuk memastikan kerja berjalan lancar.
- Memastikan server utama yang menyokong aplikasi utama Majlis (Sistem Perakaunan Bersepadu Berkomputer Pihakberkuasa Tempatan) diselenggara dan beroperasi 24 jam.
- Sistem aplikasi lain yang dibina mengikut spesifikasi dan mengikut jadual pelaksanaan yang dipersetujui bersama dengan pengguna.
- Memastikan data pengguna adalah selamat dan hanya boleh dicapai oleh pengguna yang sah sahaja.
- Menyediakan prosedur Backup dan Recovery untuk pangkalan data dan memastikan keselamatan data.
- Berusaha menyediakan maklumat terkini dan relevan dengan cepat dan tepat dalam masa yang diperlukan.
- Memastikan perkakasan dan perisian komputer diselenggara dan dapat berfungsi dgn baik.
- Memberi latihan ICT kepada kakitangan majlis ke arah mengekalkan warga kerja yang progresif dan dinamik.
- Sentiasa peka kepada teknologi semasa dan berusaha menyediakan tambahan perkakasan, perisian dan perkhidmatan mengikut perkembangan semasa.
HUBUNGI KAMI
Tel umum:056898823
Faks umum: 056882102
Alamat : Jabatan Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung
E-mel umum: jtm@mpm.gov.my