MENU
 
>

FUNGSI-FUNGSI UTAMA JABATAN KESIHATAN PERSEKITARAN DAN PERKHIDMATAN BANDAR

  • Merancang dan melaksanakan perkhidmatan kutipan sampah domestik dengan mematuhi piagam pelanggan dan syarat yang ditetapkan.
  • Melaksanakan kerja-kerja pembersihan tempat awam seperti pasar awam, stesen dan perhentian bas, jalan utama sepertimana piagam pelanggan yang telah ditetapkan.
  • Memantau dan memperaku kerja-kerja pembersihan kawasan yang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik mematuhi syarat dan spesifikasi yang ditetapkan.
  • Memantau pemajak tandas awam supaya menyelenggara tandas awam dengan bersih dan baik.
  • Menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas aduan yang diterima berkaitan perkhidmatan perbandaran.        
  • Merancang dan mengurus pembelian serta pembaikan peralatan kerja, jentera dan kenderaan.
  • Menyedia dan mengurus perakuan pembayaran kontrak / pembelian peralatan kerja dan penyelenggaraan kenderaan.
  • Menyedia dan mengurus dokumen sebutharga dan tender jabatan.
  • Mengurus dan merekod belanjawan serta buku vot jabatan.
  • Memantau dan mengemaskini laporan aduan awam kepada zon yang terlibat.
  • Mengurus pembayaran bil air Majlis dan bil pembentungan bangunan Majlis.
  • Merancang dan menyelaras kursus dan latihan anggota.
  • Mengurus dan mengemaskini rekod cuti rehat / cuti sakit anggota.
  • Mengurus semua tuntutan anggota jabatan seperti tuntutan elaun lebih masa, elaun pemandu ganti, elaun perjalanan dan sebagainya.
  • Menyedia dan menyelaraskan laporan tatatertib anggota untuk dibawa ke Lembaga Tatatertib Majlis.
  • Merancang dan mengurus aktiviti kawalan vektor dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Manjung.
  • Merancang dan mengurus penyelenggaraan tapak pelupusan.
  • Merancang dan melaksana Program Kitar Semula dan Kempen Kebersihan serta yang berkaitan
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 18 Oktober 2019 - 9:30am