MENU
 
>

Jabatan Bangunan

FUNGSI JABATAN BANGUNAN

 

  1. Memproses kelulusan semua kategori permohonan pelan bangunan.
  2. Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 serta lain-lain akta dan enakmen serta undang-undang berkaitan.
  3. Menyelaras dan melaksanakan pemeriksaan kesiapan bagi permohonan pembangunan yang diluluskan melalui proses Perakuan Siap dan Pematuhan dan Sijil Layak Menduduki.
  4. Membantu menyediakan konsep dan rekabentuk pelan bangunan bagi projek-projek Majlis.
  5. Menyelaras dan mengambil tindakan ke atas aduan yang berkaitan dengan Jabatan Bangunan.

 

Piagam Pelanggan

“BERUSAHA UNTUK MENGAWAL PEMBINAAN BANGUNAN DI KAWASAN MAJLIS MENGIKUT PIAWAIAN DAN DASAR MAJLIS”.

 

  1. Memberi ulasan terhadap permohonan pelan dalam tempoh empat belas (14) hari, hari bekerja bagi permohonan untuk :-
  1. Sekim perumahan/Komersial/Perindustrian.
  2. Binaan dan Struktur Telekomunikasi.
  3. Institusi/ Rumah Ibadat/ Pusat Perubatan.
  4. Bangunan Sementara.
  5. Rumah Kediaman Individu.
  6. Rumah Kedai/ Kedai Pejabat Individu
  7. Pindaan kepada pelan lulus/ bangunan sedia ada bagi kategori i-vi
  8.  Tambahan/Pindaan bangunan kediaman sedia adasedsedsedsedagi kategori i - iv.
  1. Memproses serta memberi keputusan serta merta terhadap permohonan pelan bagi tambahan awning dan pagar serta kerja-kerja kecil bangunan kediaman yang mematuhi semua kehendak perundangan yang ditetapkan.
  2. Mengeluarkan permit sementara di atas rizab jalan bagi;
  • Kerja-kerja yang melibatkan pembinaan bangunan baru seperti meletak bahan binaan, setor bahan binaan, pemasangan ‘hording’ dan sebagainya;
  • Pemasangan khemah keramaian (tidak melibatkan sebarang aktiviti perniagaan);dalam tempoh serta merta dari tarikh permohonan diterima.
  1. Mengeluarkan surat ulasan terhadap permohonan lesen ke Jabatan Pelesenan dalam tempoh lima (5) hari, hari  bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  2. Mengeluarkan surat perakuan pemulangan wang cagaran kepada pemohon dalam tempoh tujuh (7) hari, hari  bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  3. Mengambil tindakan aduan dalam tempoh sepuluh (10) hari, hari bekerja dari tarikh penerimaan serta tindakan pengeluaran notis terhadap bangunan yang didirikan tanpa kebenaran dalam tempoh lima belas hari (15) hari, hari bekerja setelah maklum balas kepada pengadu dikeluarkan.

 

HUBUNGI KAMI
Tel umum: 056898994/95
Fax umum: 056882102
Alamat : Jabatan Bangunan, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung
Emel umum: bangunan@mpm.gov.my
Pegawai :Mohd Rohaizan bin Abd Aris

Kemaskini Terakhir: Isnin, 18 November 2019 - 12:48am