MENU
 
>

Sistem Parking Berkupon

 

1. Kupon Jam:

Untuk makluman kawasan Tempat Letak Kereta MPM menggunakan Sistem Berkupon merangkumi kawasan Lumut, Manjung dan Sitiawan. Pengguna atau orang ramai dikehendaki membeli Kupon Setengah Jam/Sejam/Harian di kedai-kedai yang menjadi agen menjual kupon yang telah dilantik oleh MPM di setiap kawasan. Ia boleh bagi memudahkan orang ramai membeli kupon berkenaan.

Kupon ini boleh dibeli dalam bentuk buku dengan harga RM 3 Seunit yang mengandungi 5 Keping Kupon. Setiap keping kupon bernilai 60 Sen dan digunakan dalam tempoh masa satu jam.

kupon

 

Contoh Kupon Jam

2. Kupon Setengah Jam:

Kupon ini boleh dibeli dalam bentuk buku dengan harga RM 1.50 Seunit yang mengandungi 5 Keping Kupon. Setiap keping kupon bernilai 30 Sen dan digunakan dalam tempoh masa Setengah Jam.

stgh jam

 

Contoh Setengah Jam

3. Pelekat Bulanan:

Digunakan dalam tempoh Sebulan, 6 Bulan dan Setahun. Pelekat ini boleh didapati dengan harga RM 50 Sekeping dan boleh digunakan di semua kawasan dalam pentadbiran MPM kecuali Parkir Bertingkat Lumut. Penggunaan Pelekat ini tertakluk kepada keperluan semasa

sticker

 

Denda

Kompaun yang dikenakan terhadap pengguna yang tidak mempamerkan kupon adalah tertakluk kepada jenis kesalahan yang dilakukannya

Contoh

Jika pengguna tidak mempamerkan kupon yang sah , ia akan dikenakan kompaun sebanyak RM 30, Jika kompaun tersebut tidak dibayar dalam Tempoh 14 Hari, ia akan dikenakan denda sebanyak RM 45 dan jika tidak dibayar selepas 28 Hari , ia akan dikenakan denda sebanyak RM 60. Jika gagal berbuat demikian, pengguna tersbut akan didakwa di mahkamah

Kemaskini Terakhir: Rabu, 3 Jun 2020 - 9:49am