Laman Utama | Peta Laman | Bantuan | Soalan Lazim | Maklum balas | Forum
English | Bahasa Melayu | Lain Bahasa
Sila pilih saiz font anda : iconAplus iconAreset iconAminus   Sila pilih warna pilihan anda : biru merah hijaun iconreset iconw3c Latar Belakang iconbg1 iconbg2 iconbg3 iconbg4 iconbg5


 

 

   

 

Unit Pengurusan dan Pembangunan Lumut    

         
Pengenalan

 

Unit Pengurusan & Pembangunan Lumut atau UPPL ditubuhkan pada 1November 2006 dan diketuai oleh Penolong Pegawai Pelancongan (E 27). UPPL adalah bertujuan untuk memberi tumpuan khas di Bandar Lumut di dalam memartabatkan industri pelancongan  daerah dalam masa yang sama meningkatkan imej dan kualiti bandar disamping membantu mempromosikan Bandar Lumut sebagai salah sebuah bandar terindah dan pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia.
 

Matlamat
 
Matlamat UPPL ini adalah selari dengan wawasan Majlis Perbandaran Manjung iaitu menjadikan Bandar Lumut sebagai sebuat pusat pertumbuhan yang Maju, Progresif dan Makmur. Wawasan ini apabila diterjemahkan di dalam konteks yang lebih luas, ianya merangkumi perkara berikut:
  • Mempunyai prasarana dan kemudahan-kemudahan yang mencukupi bagi
  • Sebagai sebuah Bandar yang mempunyai suasana yang kondusif, aman, selamat dan selesa untuk dikunjungi.
  • Sentiasa kekal dengan imej dan kualiti yang baik.
Visi

 

Berusaha memastikan Bandar Lumut  ceria, indah, cantik dan bersih dengan pelbagai aktiviti pelancongan yang boleh menarik ramai pelancong untuk datang dan berkunjung ke Bandar ini.

Misi
 
Objektif UPPL
  • Membantu kerajaan negeri merealisasikan hasrat untuk menjadikan daerah Manjung amnya dan Bandar Lumut pada khususnya sebagai destinasi pelancongan yang popular dan alteraktif kepada pelancong.
Peranan dan Fungsi Bahagian Pelancongan
  • Melaksanakan aktiviti perkhidmatan Perbandaran yang terbaik di Bandar Lumut seperti pembersihan kawasan dan pengindahan landskap.
  • Melaksanakan aktiviti pemantauan dan penyelenggaraan kemudahan awam dan prasarana di Bandar
  • Melaksanakan aktiviti pembangunan dan pengurusan pelancongan seperti menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak di dalam melaksanakan acara-acara pelancongan.
  • Bertindak sebagai sebuah Unit yang menyediakan informasi yang berkaitan dengan sektor pelancongan di daerah Manjung dan bersedia untuk membantu setiap pelanggan
  • Melaksanakan dasar-dasar kerajaan di Bandar Lumut seperti Program Local Agenda 21, Program Bandar Selamat, dan Program Kitar Semula.
  • Berusaha untuk meningkatkan pembentukan identiti dan imej Bandar Lumut dalam konteks pemeliharaan dan pemuliharaan aset-aset pelancongan yang ada seterusnya bertanggungjawab dalam memberi idea terhadap kestabilan imej bandar sebagai sebuah bandar maritim dan pelancongan.

 

 
 
 
Masuk
Masuk | Daftar

Carian