Mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) seksyen 144 pindaan boleh dibuat atas alasan berikut: 1. Kesilapan nama seseorang atau butir-butir nama pegangan berkadar yang sepatutnya telah dimasukkan dalam atau ditinggalkan dari Senarai Nilaian telah ditinggalkan dari atau dimasukkan dalam Senarai Nilaian, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau sesuatu pegangan berkadar telah dinilaikan dengan tidak mencukupi atau dengan berlebihan atau kerana apa-apa jua sebab lain,sesuatu pegangan berkadar telah tidak dimasukkan dalam Senarai Nilaian itu. 2. Apa-apa bangunan didirikan,diubahsuai,diubah,diruntuhkan atau di bina semula,atau lain-lain kemajuan dibuat pada sesuatu pegangan berkadar,nilainya telah dinaikkan. 3. Apa-apa bangunan atau bahagian sesebuah bangunan diruntuhkan atau apa-apa kerja lain dijalankan diatas pegangan berkadar,nilainya telah diturunkan. 4. Apa-apa pegangan berkadar yang telah dimasukkan dalam suatu nilaian bersama dan yang pada pendapat Pegawai Penilai sepatutnya telah dinilai secara berasingan atau selainnya. 5. Dikeluarkan apa-apa hak milik baru mengenai sesuatu pegangan. 6. Apa-apa perubahan pada pegangan berkadar disebabkan oleh mana-man undang-undang berhubungan dengan perancangan,yang mengakibatkan nilai pegangan itu naik atau turun.
|