Laman Utama | Peta Laman | Bantuan | Soalan Lazim | Maklum balas | Forum
English | Bahasa Melayu | Lain Bahasa
Sila pilih saiz font anda : iconAplus iconAreset iconAminus   Sila pilih warna pilihan anda : biru merah hijaun iconreset iconw3c Latar Belakang iconbg1 iconbg2 iconbg3 iconbg4 iconbg5


 

   

 

Jabatan Undang-Undang

Fungsi

  1. Menyelaras dan mengemaskini perjalanan urusan Majlis Perbandaran Manjung menurut Undang-Undang, peraturan-peraturan dan garis panduan yang diterimapakai dan terkini.
  2. Menjalankan aktiviti penguatkuasaan mengikut peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan.
  3. Menjalankan pendakwaan di Mahkamah bagi kesalahan di bawah Undang-Undang yang berkaitan.
  4. Membuat semakan dan penderafan dokumen-dokumen perjanjian yang berkaitan dengan Majlis Perbandaran Manjung.
  5. Memberi nasihat perundangan kepada jabatan-jabatan lain di Majlis Perbandaran Manjung.
  6. Menguruskan pewartaan Undang-Undang kecil serta perintah-perintah tetap Majlis Perbandaran Manjung.
  7. Memproses permohonan dan pengeluaran lesen anjing mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Daerah Manjung) 1993.
  8. Mengeluarkan kompaun bagi pelanggaran peruntukan Undang-Undang yang dikuatkuasakan oleh Majlis.
  9. Menguruskan penjualan kupon, pelekat bulanan/tahunan dan petak khas.
  10. Menguruskan Tempat Letak Kereta Bertingkat Lumut.
  11. Menyelenggara petak letak kereta di seluruh kawasan yang telah diwartakan.

Piagam Pelanggan

1.  Menjamin akan menyelesaikan masalah-masalah penduduk berlandaskan Undang-Undang
     dan Peraturan-Peraturan yang  diperuntukkan oleh Majlis Perbandaran Manjung.
2.  Sentiasa bersedia membaiki Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan yang bersesuaian
     dengan Majlis Perbandaran Manjung.
3.  Mengambil tindakan Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan bagi menyelesaikan masalah
     dengan cepat, jitu dan tepat.
 
Bahagian Penguatkuasa
1.  Memberi perkhidmatan dan penerangan kepada masyarakat dari segi penguatkuasaan
     dan undang-undang Majlis Perbandaran Manjung.
2.  Mendidik masyarakat menghormati undang-undang menghormati undang-undang yang
     dikuatkuasa oleh Majlis Perbandaran Manjung.
3.  Bertindak secara adil dan saksama dalam tindakan penguatkuasaan serta mengamalkan
     budaya kerja yang disiplin dan tegas.
4.  Mengutamakan kepentingan awam dalam setia aktiviti dan tindakan penguatkuasaan.
5.  Mempastikan semua aduan dan rungutan orang ramai di siasat dan di ambil tindakan
     dengan kadar yang segera secara adil dan telus.

 

Pages: 1  2  

Masuk
Masuk | Daftar